Tuesday 23 September 2014

Beauty tips- homemade sugar scrub



Assalamualaikum..


Saya nak share sikit resepi homemade sugar scrub saya. Yelah selepas kenduri/majlis badan letih lesu tak bermaya. Muka pun mula la nak keluar susuk berlian (jerawat) tumbuh mekar bak cendawan tumbuh selepas hujan. Scrub ni memang mudah dan sedap. Semudah ABC. Jimat masa dan yang paling penting jimat cost! Hanya guna bahan yang memang sedia ada dirumah.




Keyra Homemade sugar scrub:



1/2 cup castor sugar (make sure castor sugar ye. Kalau gula pasir kasar, bercalar muka nanti)
2 tbsp honey
2 tbsp lemon squeeze
2 tsp olive oil ( boleh juga gantikan dengan coconut virgin oil, almond oil, dll)
1 tsp pomegranate extract



Caranya mudah je. Campurkan semua bahan dalam mangkuk bersih dan  kacau rata. Then, simpan dalam bekas yang bertutup. Done! Mudah kan?

Saya lebih suka guna gula berbanding garam. Lagipun kalau termasuk(kadang-kadang memang sengaja) dalam mulut pun takpe. Manis, sedap dan selamat! Muka pun tak rasa pedih. Sebab kalau apply garam dimuka kita yang ada luka or jerawat muka agak pedih.

Pomegranate extract tu saya saja tambah. Seperti sedia maklum buah delima banyak khasiatnya. Anda juga boleh tambahkan few drops peppermint oil, lavender oil ikut kesukaan masing- masing :)

Cara guna pun mudah je. Ambil 1tsp dan apply dimuka. Massage pelan-pelan. Jangan gonyoh kuat-kuat. Rosak muka kita nanti. Leave it for few minutes or tunggu sampai gula tu larut dimuka.Bilas dengan air bersih. Boleh juga pakai dibadan. Nanti rasa kulit lembut dan moist je. Nak feeling2 sejuk boleh la simpan dalam fridge. Tapi saya terus taruk kat toilet je. Nampak terus capai dan pakai. Kalau bibir kering dan lebam-lebam pun kita boleh pakai. InyaAllah bibir akan nampak lebih segar..



Tadaaa...ini la hasilnya!

Boleh juga dijadikan gift untuk tetamu majlis anda nanti. Pack scrub ni dalam botol yang comel-comel. Then deco cantik-cantik. Contohnya macam ni..







Sweetkan? So, ape lagi? Selamat mencuba dan memanjakan diri!

Sunday 21 September 2014

Majlis Akikah Raudhah As Sakinah (Ipoh)

Assalamualaikum..

Majlis akikah ni berlangsung 31 ogos (Hari Merdeka).. Tp baru sekarang nak upload...
Bussy sesangat..ade saje programnye.

Tema majlis ni purple n peach. Jemput tengok ye...